
aku tau aku manusia biasa. dosa aku penuh satu telaga. tapi aku bersyukur masih ada iman dihati. dan tatkala lihat dan dengar mengenai seorang hamba allah ni..hati aku terdetik nak tengok. apa yang bagus mengenai dia? kenapa semua sedang bercerita perihal nya. jadi aku start cari, lihat, dengar.
mengalir airmata aku.memang menangis,mengigil ketakutan. aku tau dan bersyukur allah masih sayangkan aku. masih beri aku peluang. selepas aku lihat video beliau..dengan tangan mengigil..aku amek wudhuk dan solat. tapi airmata masih tak henti. ku ambil al quran..dan mulaikan bacaan.saat itu rasa tenang sekejap. dan aku baca surah sambil lihat terjemahan. terasa kecik nya diri aku.jahil...rugi.
saat itu..apabila masuk waktu.aku terus berusaha walau diri rasa malas. tapi apabila dikenang dosa orang yang malas solat. aku jadi takut. semoga allah lindungi diriku dari azab api neraka. semoga allah restu perjuangan dalam diri untuk jadi hamba yang berguna.
aku tau dugaannya banyak. pada diri aku dan orang lain. mungkin akan kehilangan orang yang aku sayang tapi aku nak mencapai nikmat dan ketenangan dari allah swt. masih jauh perjalanan. insyaallah, allah akan bantu. insyaallah aku tekad. aku takut dan tak mahu lagi dipinggir allah.
